
Sulit
5 tahun
Gatal kulit pada badan
saya kerap rasa gatal kulit dalam tempoh dua tiga hari ni. adakah betul kulit gatal ialah simptom baru bagi covid 19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Berdasarkan WHO, pesakit COVID-19 biasanya menunjukkan simptom:
- Demam
- Keletihan
- Batuk kering kering
Ada juga segelintir yang menunjukkan simptom-simptom seperti berikut:
- Lenguh dan sakit badan
- Hidung tersumbat
- Selsema
- Sakit tekak
- Cirit-birit
Kulit gatal belum dikenal pasti sebagai simptom COVID-19 buat masa sekarang. Punca kulit gatal boleh disebabkan:
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Dermatitis alahan beserta jangkitan
- Jangkitan kuit
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit auto-imun seperti systemic lupus erythematosus (SLE)
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini