
Sulit
4 tahun
Gatal pada bahagian lubang buntut
Saya seorang wanita 20an, saya mengalami masalah gatal pada laluan pembuangan besar. Akibat gatal yang berpanjangan dan tidak sudah, dinding dinding laluan dubur saya seperti sudah terkeluar kerana saya garu. Saya pernah makan ubat cacing untuk penyelesaikannya, malangnya tidak menjadi. Adakah ubat yang boleh saya gunakan dan apakah pendapat pihak tuan puan.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keterangan yang anda berikan adalah masih kurang lengkap bagi menegakkan sebarang diagnosis. Secara umum, najis cair disertai gatal pada lubang dubur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat jangkitan cacing perut seperti cacing pita
- Gatal dubur akibat jangkitan kulit
- Gatal dubur akibat bulu dubur
- Penyakit usus seperti IBS ataupun IBD
- Akibat intoleransi laktose seperti susu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.