
wanahmad200
5 tahun
Gatal pada zakar masih tidak sembuh
Zakar saya terasa gatal di kerandut zakar dan skeliling…bila garu muncul benjolan warna kulit dan kemerahan macam macam krim pakai beprosone, h-cort, aqueos …masih tak hilang juga gatal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah gatal-gatal di daerah alat sulit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tinea cruris jangkitan sekelompok jenis kulat
- seborrhoic dermatitis akibat sensitiviti bahagian kulit berambut
- contact dermatitis akibat pemakaian seperti bahan pakaian yang tidak menyerap peluh
- candidiasis iaitu jangkitan sejenis kulat
- flexural psoriasis - sejenis penyakit autoimun
Gejala yang anda alami dapat disebabkan oleh pelbagai penyakit. Justeru bagi mengenalpasti penyakit yang anda alami, pemeriksaan lanjut harus dilakukan. Oleh itu, anda perlu merujuk doktor. Selain itu, sedikit tips untuk mengurangkan rasa tidak selesa adalah:
- Mengurangkan berat badan agar kulit peha tidak bergesel
- Mengelakkan memakai seluar yang ketat
- Pastikan bahagian tersebut kering. Kenakan bawahan dari bahan yang menyerap peluh seperti kapas
- Elakkan berkongsi tuala atau menggunakan tuala yang lembap
- Jauhi berkongsi pakaian dalam ataupun cadar dan sebagainya
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Justeru, anda harus merujuk doktor sebelum masalah ini menjadi parah dan merebak. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.