Sulit
3 tahun
Gatal serta biji biji bahagian faraj
sy nurul(bukan nama sebenar)
umur 25…sy dh 4 ari kne keputihan teruk…tp masuk hari ketiga(semalam)gatal² sy makin teruk,smpai dh jadi biji² di binir faraj sebelab dalam…nak kencing pun menangis sebb terlalu pedih…adekah ini ulser???berapa lama nak baik…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda mengalami masalah keputihan teruk serta gatal dan timbul biji-biji di faraj. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah keputihan faraj yang disertai kegatalan dan biji atau benjolan biasanya adalah keputihan yang tidak normal dan boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kulat (kandidiasis)
- Bakteria vaginosis
- Jangkitan penyakit kelamin lain
Masalah-masalah ini boleh menjadi lebih teruk jika tidak dirawat segera.
Untuk merawat masalah anda, anda haruslah merujuknya kepada doktor agar maklumat lanjut boleh diberikan sebelum diagnosis dan rawatan dibuat. Anda boleh bercakap dengan kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.

































