Sulit
4 tahun
Gatal yang pelik di kawasan tubuh badan
Saya lelaki berumur 16 dan saya menghidapi penyakit gatal pelik.Ia berlaku apabila tubuh saya tidak terkena atau merasa angin.Ia mula rasa gatal di bahagian kepala & tekak seterusnya di seluruh badan.Tiada kesan di kulit seperti ruam dan lain lain.Apakah yang perlu saya buat?
4 tahun
Selamat sejahtera & terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Tanda-tanda awal ruam atau panau
- Alahan produk kebersihan atau ubat
- Dermatitis Kontak Alergi
- Dermatitis Seborrhoeic
- Psoriasis adalah keadaan kulit biasa yang mempercepatkan kitaran hidup sel-sel kulit. Ia menyebabkan sel-sel membina dengan cepat pada permukaan kulit. Sel-sel kulit tambahan menyebabkan kegatalan dan kadang-kadang menyakitkan
- Panau atau gangguan kelenjar peluh
- atau gangguan kulit lain yang memerlukan rawatan dari doktor
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Buat sementara waktu, anda boleh cuba melakukan langkah-langkah berikut bagi mengurangkan gejala, seperti:
- Menggunakan pelembab
- Pastikan bilik dan ruangan anda mempunyai ventilasi angin yang baik
- Jauhi faktor lain lain yang boleh menyebabkan gatal atau iritasi kulit
- Menjauhkan diri dari punca stres
- Minum secukupnya
- Menjauhi kawasan/cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.


































