
Anonymous
5 tahun
Genital Herpes during pregnancy
Di kemaluan saya ada biji2 seperti ulser. Dan doc sahkan saya Genital Herpes berdasarkan apa yg dilihat tanpa buat ujian darah. Adakah memang sudah pastikah saya ni menghidap genital herpes? Saya tidak mengamal seks yg bertukar2. Sudah berkahwin, mempunyai seorang anak dan sekarang sekarang hamil. Tolong bantu saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Herpes genital ialah penyait kelamin yang mudah berjangkit melalui hubungan seks. Ia disebabkan oleh virus herpes simplex (HSV). Virus ini menjangkiti tubuh melalui luka kecil pada kulit atau lapisan mukosa. Selepas nenjangkit, virus aka kekal di dalam tubuh. Selain melalui hubungan seks, virus ini juga boleh berjangkit dari ibu ke anak dalam kandungan. Terdapat dua jenis virus herpes yang dikenal pasti iaitu HSV 1 yang menyebabkan kudis berisi air di mulut atau di muka, dan HSV 2 yang menyebabkan kudis berisi air di kawasan kemaluan.
Sehingga sekarang, tiada ubat spesifik yang digunakan untuk merawat jangkitan herpes. Doktor akan memberi anda ubat antivirus seperti acyclovir, famciclovir dan valacyclovir untuk membantu menyembuhkan ruam kulit dan mengelakkan jangkitan berulang.
Pengambilan ubat antivirus juga akan mengurangkan risiko jangkitan kepada pasangan anda. Amalkan seks selamat iaitu dengan pasangan sah. Lebih baik jika anda tunggu sehingga ruam sembuh sepenuhnya sebelum memulakan hubungan seks. Penggunaan kondom getah juga akan mengurangkan risiko merebakkan jangkitan pada pasangan. Anda juga harus memberitahu pasangan anda jika menghidap jangkitan ini.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.