
Sulit
4 tahun
Groin injury dan masalah ereksi
Adakah masalah groin injury memberi kesan kepada ketegangan zakar? Dan bolehkah ia sembuh? Berapa lamakah masa diambil untuk sembuh pada kebiasaannya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah ereksi.
Untuk makluman anda, memeang benar trauma pada bahagian kemaluan boleh menjejaskan ereksi, tetapi bukan semua trauma akan menyebabkan masalah ini. Saya kurang pasti akan trauma yang anda alami, saya menasihatkan anda untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital bagi mengetahui kondisi sebenar. Tempoh untuk sembuh juga bergantung kepada masalah yang anda alami.
Selain daripada trauma, masalah ereksi juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung - Diabetes
Masalah ini boleh dielakkan dengan:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.