Anonymous
6 tahun
Haid berpanjangan 19 hari
Saya berusia 39tahun.mempunyai 2 org anak berusia 11 dan 9tahun.masalah saya kedatangan haid saya berpanjangan 8 hari jadi saya cuba mengambil makanan yang tajam tapai utk mengeluarkan darah dgan lebih segera. Tetapi masalahnya dia keluar terlalu banyak dan berketul. Kemudian selepas 5 hari darah berkurangan tapi masih berlanjutan. Total kedatangan haid sehingga sekarang 19 hari tanpa henti.
Saya berasa lemah berasa sakit sekitar perut dan bawah perut. Loya dan penin. Apa yang saya perlu lakukan utk menghentikan pendarahan, memandangkan sebelum ni haid saya teratur dan mengambil masa 5 hingga 6 hari sahaja. Harap bantu
Terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda masalah haid berpanjangan boleh disebabkan oleh:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Anda dinasihatkan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dan tidak mengambil sebarang makanan seperti tapai tersebut kerana mungkin boleh memudaratkan anda. Anda juga mungkin telah kehilangan banyak darah kerana pening dan loya boleh disebabkan oleh anemia.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!
































