
sazilah
5 tahun
Haid berpanjangan sedikit-sedikit
Saya wanita berumur 34tahun.
Sy mmpunyai recycle haid yang normal. Cuma masalah saya, biasanya 7hari haid adalah normal. Selepas 7hari, haid stop,kemudian hari ke 8, akan keluar sedikit sekali saja sehari tu. Kemudian hari ke 9 akan keluar lg sedikit. Warna kuning,dan coklat sedikit. Berlanjutan sehingga hari ke 10.
Adakah ini normal, tp mengrungsingkan pula, bila kita rasa da bersih, tiba2 keluar lagi.
Mohon penjelasan. Terima kasih.
Maklumat tambahan. Saya tiada ambil ape2 kaedah pencegahan kehamilan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Sekiranya haid and lebih lambat daripada 38 hari, kemudian lebih cepat daripada 24 hari, kedua keadaan ini dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal. Kondisi ini dapat disebabkan oleh:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.