Sulit
4 tahun
Haid berpanjangan tapi dalam kuantiti yang sedikit dan berwarna coklat dan merah gelap
Hai doctor. Saya berumur 20thn. Sejak tahun lalu kitaran haid saya tidak teratur. Masa period saya boleh lebih dari 1 bulan namun dalam kuantiti yang sedikit dan berwarna coklat dan merah gelap.Hanya 2 minggu sahaja saya rehat dari period dan selepas 2 minggu itu saya akan datang haid semula yang lama sehingga kini. Permukaan kemaluan saya gatal dan ada berwarna putih seperti kelimumur padahal saya mengamalkan kebersihan. Apakah sebenarnya penyakit yang saya alami ini? Adakah ini berbahaya kepada saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Sekiranya haid selama lebih 8 hari, kesemua keadaan ini dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal. Kondisi ini dapat disebabkan oleh:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.