
aimahshimah
5 tahun
Haid dah sebulan x dtg p x mgandung
Saya ada ank 3 org , umur dah 30 thn , anak ke3 ni umur da 3 tahun . Nak saya pendekkn kes saya ni . Saya nak hamil lg . P haid saya kdg dlm sebulan 2 kli dtg , stu kli dtg … Dan skg yg teruk nya saya da sebulan lebih x haid , saya cek prengent test negetif jga … Jdi doc apa masalah nya tu ya …

6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.
Kedatangan haid yang lambat berlaku atau tidak teratur mempunya pelbagai sebab selain daripada kehamilan. seperti :
- Tekanan hidup. Tekanan boleh mengubah tahap hormon anda, menukar rutin harian anda, dan juga menjejaskan bahagian otak anda yang bertanggungjawab untuk mengawal kitaran haid anda iaitu kelenjar hypothalamus.
- Berat badan yang rendah juga akan mempengaruhi kitaran haid seseorang. Wanita dengan gangguan pemakanan, seperti anoreksia nervosa atau bulimia, mungkin mengalami ketiadaan haid untuk tempoh yang lama.
- Akitivit fizikal yang melampau seperti maraton juga boleh menghentikan kitaran haid juga. Sama seperti berat badan yang rendah boleh menyebabkan perubahan hormon, begitu juga dengan berat badan berlebihan.
- Penggunaan pil perancang keluarga yang menghalang ovari anda daripada melepaskan telur. Ia boleh mengambil masa sehingga enam bulan untuk kitaran anda menjadi konsisten lagi selepas menghentikan pil.
Bagaimanapun anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor bagi rawatan lanjut. Anda boleh untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dengan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!