
Sulit
5 tahun
Haid datang awal setelah mengambil ubat postinor2
saya wanita 20an dah sudah berkahwin dah sy ad seorang baby berumur 15 month .sebelum ni sy tidak pernah mengambil mana2 pil perancang dan hanya merancang sendri. saya mengalami masalah period awal setelah mengambil postinor 2. selepas bersama suami sy ad mengambil postinor sebelum 72jam. sebelum ni sy telah priod pada tarikh 22/08-28/8 dan sekarang sy mengalami priod balik pada 8/9 adakah itu period atau apa2 kesan sampingan terhadap ubat postinor 2 ?? adakah ubat tu telah berkesan terhadap mengcegah penghamilan???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid dapat dikatakan awal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih cepat daripada 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Harus diingatkan bahawa Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan sahaja. Postinor-2 tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan. Dianggarkan bahawa Postinor-2 dapat menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi Postinor-2 hanyalah digunakan untuk situasi kecemasan sahaja yaitu sebagai “ morning after pill ” sahaja. Maksimum sekali setiap satu kitaran haid. Efek samping yang sering muncul setelah menggunakan Postinor adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Sekiranya gejala terjadi lebih lama dan parah, sebaiknya puan mendapatkan konsultasi doktor.
Seandainya mahu merancang kehamilan, sebaiknya mempertimbangkan pil perancang regular seperti Noriday, Mercilon, dan lain-lain
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.