
Sulit
4 tahun
Haid datang hanya 4 hari sebulan
Saya berumur 18 tahun.setiap bulan apabila datang haid,ianya hanya empat hari sahaja.adakah normal??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham kerisauan anda. Untuk maklumat anda, kitaran haid yang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh alirannya adalah di antara 2 hingga 7 hari.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda juga digalakkan untuk merekodkan kitaran dan aliran haid anda di dalam diari ataupun aplikasi telefon pintar supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan juga doktor sekiranya anda masih mempunyai masalah berkaitan dengan haid pada masa hadapan.
Anda masih risau tentang masalah haid? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.