
Sulit
4 tahun
Haid datang lambat sudah 2 minggu tidak datang
hai doktor saya berumur 19 tahun saya dan bf buat hubungan intim tetapi tidak masuk hanya masturbasi di luar dan bf saya telah mengeluarkan air di dada saya selepas tu saya ada datang haid 2 kali tetapi kali ni haid saya lambat sudah lebih 2 minggu . mohon penceharan doktor

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, haid yang lambat merupakan satu perkara yang tidak perlu dibimbangkan kerana ia boleh disebabkan oleh faktor-faktor am seperti ketidakseimbangan hormon yang berlaku pada kitaran haid yang lepas. Ia juga boleh disebabkan oleh faktor am yang lain seperti senaman berlebihan, gangguan stress dan juga kurang rehat dan tidur.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Pada biasanya, aktiviti persetubuhan tidak mempengaruhi kitaran haid secara langsung. Jika anda membimbangkan mengenai kehamilan, kehamilan hanya berlaku sekiranya pasangan anda mengeluarkan air mani ke dalam vagina anda, khususnya pada waktu subur iaitu 2 minggu selepas kedatangan haid yang lepas, atau pertengahan bulan.
Pasangan anda mengeluarkan air maninya ke dada anda. Namun, anda haid dua kali selepas itu.
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah