
Sulit
4 tahun
Haid datang lewat 6 bulan
Salams Hi. saya berumur 24 dan masih belum berkahwin. Dr, sy mengalamani masalah lewat dtg haid sudah melebihi 6 bulan. last haid saya bulan Julai 2020. adakah itu normal Dr? sebelum ni lambat jugak, lambat 4 bulan tahun 2019. mohon pencerahan Dr. terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, saya memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang datang lewat 6 bulan. Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa