Anonymous
6 tahun
Haid lambat datang sudah 10 hari
Saya selalu rase senak bawah perut, selalu pening kepale, rase nak muntah, breast macam membengkak saket.Kerap rase mual, kerap nak kencing, mood selalu tak menentu. Kerap berdebar.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 8 hari. Memandangkan anda tidak menjelaskan rutin kitaran haid anda biasanya berapa hari, maka saya tidak dapat untuk menentukan apakah haid anda boleh dikatakan lewat atau tidak.
Secara umum, haid lewat dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























