Sulit
5 tahun
Haid Lambat Datang, UPT result Negative
Hi, Saya wanita berumur 25 tahun dan sudah berkahwin. Saya ada download 2 Apps Period Calendar. Yang first : Period lambat 19 hari. Second apps: Lambat 16 hari.(as at 11.06.2020)
Saya check UPT di rumah pada minggu lepas pada 31.05.2020 dan 04.06.2020. Result yang keluar adalah Negative. Tapi symptom yg saya alami ialah muntah2, loya, pening kepala dan badan terasa amat letih sedangkan saya tidak membuat kerja berat.
Adakah saya perlu menunggu next cycle period saya untuk pergi ke klinik or Hospital untuk merujuk pakar?
Adakah saya perlu risau?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Keputusan ujian UPT adalah bergantung kepada kadar dan tahap hormon B-hCG dimana jika anda hamil, berkemungkinan besar kadar hormon B-hCG anda mencukupi untuk menjadikan keputusan UPT tersebut positif. Namun, terdapat beberapa kes dimana ujian UPT negatif tetapi pesakit sedang hamil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar O&G untuk permasalahan ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi bersama pakar O&G. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor dari pihak kami di sini. Terima kasih.
























