Sulit
4 tahun
Haid lebih 15 hari adakah ia berbahaya?
Saya wanita berumur 19thun…selama ni saya mengalami haid yg tidak teratur…pernah datang haid 2x sebulan…dan yg terbaru ni saya datang haid lebih 15 hrii…dalm tempoh 7hari darah keluar macam biasaa sepalepas hari ke-7 darah saya keluar sedikit jer macam keputihan sampai la hari yg ke-13…hari yg ke 14 darah keluar banyak sangat sampai la hari yg ke 18…sya nk tanya dr,adakah normal haid yg macam ni atau sya adaa penyakit???
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini iaitu haid berpanjangan. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor risiko seperti usia dan masalah kesihatan yang boleh menjejaskan kitaran haid. Bagi hampir 50% wanita yang mengalami masalah ini, punca haid berpanjangan tidak diketahui.
Namun, ia adalah penting seseorang itu mendapatkan pemeriksaan yang teliti untuk mengenalpasti jika terdapatnya sebarang masalah melalui sesi bersoal tanya mengenai gejala yang dialami, pemeriksaan fizikal serta ujian tambahan.
Kadangkala, punca menstruasi berlebihan disebabkan oleh apa-apa penyakit atau keadaan yang boleh menjejaskan struktur dan fungsi rahim dan ovari seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding atau istihadah (punca paling biasa)
- Penggunaan intrauterine contraceptive device atau IUCD
- Ganggguan anatomi (i.e. polip, kista ovari, fibroid, endometriosis, dll)
- Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
- Pelvic inflammatory disease atau radang pelvis kronik
- Kanser di pintu rahim atau dinding rahim
atau gangguan dari organ yang lain seperti:
- Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
- Sistem bekuan darah yang tidak normal
- Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Buat sementara waktu anda boleh:
- Kerapkan bersenam (yang ringan atau sesuai kondisi tubuh)
- Mengambil suplemen seperti:
- zat besi (menggantikan sel darah merah yang hilang)
- vitamin B & D (membantu gangguan kitaran haid)
- fish oil (boleh membantu dalam mengurangkan krem haid)
- Rehat secukupnya
- Mencatatkan perkembangan gejala (sekiranya berlaku)
Anda perlu segera berjumpa doktor yang terdekat semula, sekiranya mengalami:
- Pitam atau kelesuan badan
- Kejang atau menggigil
- Mual dan muntah
- Pening atau sakit kepala yang berat
- Aktiviti atau kerja harian amat terganggu
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda dan rakan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

































