
Sulit
4 tahun
Haid lebih 15 Hari setelah mengambil proves Dan minipil(pil Hormon)
Sya berumur 19 tahun , sya mengalami masalh haid Selepas menurunkan berat badan. Sya diberikan ubat provera dan minipil (pil hormone) dan haid saya masih keluar sehingga 14 hari. Apakah yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk saya menerangkan punca masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.