
Sulit
4 tahun
Haid lewat 16 Hari tetapi upt negatif
hai doktor…saya mempunyai kitaran haid 37 hari…last saya haid adalah pada 25 hb 4…sampai sekarang masih belum haid.saya ada check upt pada minggu lepas…ujian pertama upt tersebut +ve tp sgt3 samar n then hilang… sya cuba test lagi…yang kedua -ve…saya mengalami demam panas pada mggu lepas, diikuti sakit di bahagian perut, serta ada rasa mual tetapi sehari shj. apa yang perlu saya lakukan?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat selama 16 hari boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan. anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat. Memandangkan anda ada alami gejala awl kehamilan, anda disarankan mengulang ujian tersebut sekali lagi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.