
Sulit
5 tahun
Haid Lewat 2bulan ,wanita bujang
Saya wanita bujang, mengalami masalah lewat datang haid. Sebulan yang lalu saya melakukan seks dengan pasangan, dan ketika itu dia memasukkan sesuatu alat yang seperti lotion kecil ke dalam vagina saya. Ketika itu tanpa sedar saya fikir air yang mengalir itu ada lah air biasa ketika seks tapi rupanya darah . Dan sebelum saya melakukan seks saya juga sebelum ini sudah pernah mengalami masalah tidak datang haid selama 3 bulan, dari bulan 8,9,10 2019, kemudian haid saya kembali seperti biasa cuma darah tidak seperti biasa kadang banyak dan kadang hanya cokelat sahaja. Sekarang ini saya tidak datang haid untuk bulan 2 & 3, adakah ianya kesan dari darah yang keluar dari vagina saya seperti penerangan diatas. Saya berharap doc dapat membantu saya… saya juga tidak punya simptom hamil.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
kehamilan
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Mengambil pil perancang kehamilan
Masalah polycystic ovarian syndrome
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.