
Sulit
4 tahun
Haid lewat 41 hari, kadang kala keluar simptom pms tp tidak juga dtg haid
Sy wanita berumur 26thn. Sy mengalami kelewatan haid selama 41hari mengikut kalendar.sy sexual active tp last bersama awl bulan feb dan period masi lg seperti biasa sehingga april. Berat sy ada sedikit naik dan stress kadang kala. Sakit di tumit kaki ada tapi mungkin di sebabkan kasut sy guna untuk ke kebun. Bolehkah doktor beritahu sy lebih terperinci sebab kelewatan haid? Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan. anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat. Sekiranya masalah ini berlanjutan, anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan dengan doktor pakar wanita. Doktor pakar wanita lebih arif dalam masalah berkaitan sistem reproduktif wanita dan masalah haid. Kami mempunyai panel doktor pakar ginekologi (pakar wanita) yang boleh anda bercakap atas talian dengan secara peribadi. Langkah ini penting kerana banyak lagi soalan tentang sejarah kesihatan anda yang perlu ditanya untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.