
Sulit
3 tahun
Haid lewat,adakah kerana mengandung atau hormon?
Saya wanita berusia 39tahun dan sudah berumahtangga. Saya telah mengalami lewat haid selama 5hari. 2minggu yang lepas, saya dan suami telah melakukan hubungan bersama dan secara tidak sengaja kondom yang digunakan telah bocor sebelum suami klimaks. Lalu suami menukar kepada kondom yang baru. Soalan saya ialah, adakah kebarangkalian saya untuk mengandung adalah tinggi? Apakah sebab saya lewat datang haid? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda telah bersama dengan suami sehingga kondom yang digunakan terkoyak. Kini anda telah kelewatan kitaran haid dan ingin mengetahui risiko kehamilan daripada perkara tersebut. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, air mazi yang keluar ketika hubungan seks juga mempunyai sperma biarpun sedikit. Sperma yang sedikit ini boleh menyebabkan kehamilan jika ia menembusi faraj sepertimana dalam situasi anda. Namun, kebarangkalian ini adalah rendah dan simptom kehamilan bukan sahaja kelewatan haid malahan simptom lain seperti mual, ketidak cernaan, penat serta mood berubah-ubah.
Manakala kelewatan haid boleh disebabkan oleh banyak perkara seperti:
- stres
- hormon tidak stabil
- PCOS
- pil perancang keluarga
- pre-menopause
Jika anda inginkan pengesahan, ujian UPT boleh dilakukan seawal 2 minggu setelah hubungan intim dilakukan atau kelewatan haid. Ia juga mempunyai ketetapan sebanyak 90%. Bagi maklumat lanjut, kami sarankan masalah ini dirujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.