
Sulit
4 tahun
Haid Lewat Dah Nak Hampir 3 Bulan, Tarikh Last Haid Pada 10 November 2020. Saya Berumur 18 Tahun Dan Belum Berkahwin
Saya wanita berumur 18 tahun dan belum berkHwin. haid saya lewat dah nak hampir 3 bulan. tarikh last period saya pd 10/12/2020. ini masalah hormon ataupun penyakit lain ya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan boleh mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus sering kali mengalami masalah haid yang tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Jadual aktiviti harian yang sihat dan padat
- Ketidakseimbangan hormon
- Penggunaan ubat-ubatan
- Kehamilan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Disebabkan anda tidak mengalami haid buat jangka waktu yang agak lama, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.