
Sulit
4 tahun
Haid lewat dan pendarahan seketika
saya wanita dalam 20 an . selepas datang bulan saya bersama suami ada melakukan oral . suama saya tidak mengeluarkan air mani ketika oral sek itu akan tetapi haid saya tidak keluar pada tarikh yang sepatutnya dan sudah melebihi sebulan apakah faktor yang menyebabkan ia berlaku ya dr. kemudian ada sedikit pendarahan berlaku tetapi tidak sampai sehari adakah saya hamil ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menujukan soalan anda kepada kami di DoctorOnCall.
Sebelum menjawab soalan anda, terlebih dahulu anda perlu mengetahui kitaran haid anda pada setiap bulan. Kebiasaannya, kitaran haid untuk wanita normal adalah antara 21 ke 35 hari dan alirannya antara dua ke tujuh hari untuk setiap kitaran.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, selain kehamilan masalah haid lewat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS) - Penyakit ini menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang dan tidak dilepaskan ke tiub Fallopio.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancang, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Untuk menjawab soalan anda berkenaan pendarahan tersebut, darah tersebut berkemungkinan kerana implantasi. Ianya sering dikelirukan dengan darah haid apabila implantasi berlaku berhampiran dengan waktu datang haid.
Untuk pengetahuan anda, adalah mustahil untuk anda mengandung dengan melakukan seks oral melainkan anda melakukan hubungan seksual bersama suami selepas itu.
Namun begitu, ini hanyalah penerangan am dan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan yang lebih lanjut untuk mengetahui mengapa anda mengalami keadaan sedemikian.
Jika anda mempunyai soalan dan kemusykilan lain, anda boleh mendapatkan konsultasi dari doktor-doktor kami yang bertauliah di (DoctorOnCall) secara atas talian. Terima kasih.