
Anonymous
5 tahun
Haid lewat dan perut berdenyut
Saya wanita berumur 21 tahun. Haid saya dtg lewat dah nak masuk 40 hari tak datang haid dan perut saya berdenyut. Mohon penjelasan drpd doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Gejala haid lewat boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Stress (fizikal dan emosi)
- Kurang berat badan
- Tiada ovulasi ("Anovulation)
- Ubat-ubatan
- Masalah kalenjar tiroid, pituitari ataupun ovari
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.