
Sulit
4 tahun
Haid lewat , sudah berkahwin, 6 bulan tak period,
Sye wanita brusia 26thn, berkahwin. Tpi sye ada mslh period. Last , sye period bln 9.20 & smpai skrg, sye masih belum period. Sblm ini, sye mmg ada mslh period. Pergi klinik dan de srh mkn pil perancang untk stabilkn hormon. Dan slps habis pil tersebut , sye period dari bulan 3.20-bulan8.20. Adakah sye menghidap sebarang penyakit ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, berikut merupakan antara sebab-sebab mengapa seseorang mengalami kitaran haid yang tidak teratur atau sering mengalami masalah haid datang lewat:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Haid anda lewat dari sepatutnya? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana masalah ini telah berlarutan dan memerlukan perhatian doktor segera. Sukar untuk kami katakan sama ada anda mempunyai penyakit kerana pemeriksaan lanjut perlu dibuat untuk mengetahui puncanya.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.