najiah0722
3 tahun
Haid Lewat tetapi UPT Negatif. Adakah normal atau perlu ke klinik untuk pemeriksaan?
Saya wanita berumur 24 tahun dan telah berkahwin. Bulan 4 dan 5 period saya teratur seperti biasa namun b bulan 6 saya masih belum period. First date period saya pd bulan 5 adalah 24hb manakala last date 30hb. Selang beberapa hari saya bersama dengan suami namun saya dapati berlaku pendarahan yang agak banyak seperti darah haid. Saya berpendapat itu hanya darah haid yang masih belum kering sepenuhnya namun jangka masa darah itu hanya 1 hari. Dan sehingga 30hb Jun ni saya masih belum period. Saya telah lakukan upt pada hari kelima saya lewat period namun hasilnya negatif. Adakah disebabkan saya terlalu tertekan atau masalah hormon atau lain-lain penyakit?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, kitaran haid yang normalterjadi setiap 24 - 38 hari dan berlangsung selama 2 - 8 hari. Perdarahan haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid datang lebih lambat daripada 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Andaikata anda masih ragu tentang status kehamilan, sebaiknya anda mengulangi ujian kehamilan yang sederhana seperti urine pregnancy test (UPT). Sedikit tips bagi puan untuk melakukan ujian UPT adalah bahawa sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih