
Anonymous
5 tahun
Haid melebihi tarikh sebenar. Adakah kesan pil postinor 2 yang saya ambil?
Saya nadiya 20 tahun dan sudah berkahwin tetapi masih belajar dan ingin merancang dahulu, jadi sy telah makan pil postinor 2 untuk cegah kehamilan. Tetapi sy dan suami melakukan hubungan beberapa hari seblum tarikh haid sebenar. Adakah sy perlu tunggu sehingga hujung bulan semula utk melihat sama ada sy datang haid atau tidak? Sebab saya ada baca yang mngatakan sekiranya haid lewat 3 hari disarankan untuk brjmpa doktor. Walhal, saya baru shj makan pil trsebut seblm haid sebenar. Dan sy tidak dtg haid sudah melebihi tarikh sebenar . Adakah kerana sy baru shj makan pil itu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda salah satu kesan sampingan pengambilan pil postinor ialah haid datang awal atau lambat. Walau bagaimana pun dalam kebanyakan kes haid seterusnya akan bermula seperti yang dijangkakan atau agak awal. Sekiranya haid anda lewat melebihi 7 hari, disyorkan untuk melakukan ujian kehamilan.
.Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.