
Sulit
3 tahun
Haid saya lambat datang
Saya wanita berumur 24. Saya telah melakukan hubungan seks dengan bf saya pada 31.12.2021. Setelah itu saya period pada 02.01.2022. Dan sekarang 07.02.2022 saya masih belum period. Adakah saya hamil ataupun tidak sebab saya pernah sekali period?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Berdasarkan keterangan di atas, saya memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sekiranya selepas anda datang haid pada 02.01.2022 dan anda tidak melakukan hubungan seks selepas itu, maka kemungkinan anda tidak hamil,
Selain itu, terdapat banyak sebab haid lambat. Antaranya:
- Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet- Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome PCOS- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Walau bagaimanapun, anda boleh mengesahkan situasi kehamilan dengan melakukan ujian urine pregnancy test.
Ataupun saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.