Sulit
3 tahun
Haid saya mengalami kelewatan setelah saya mengambil vitamin c 2 bulan yang lalu
Hai dr, saya ingin bertanya ada possible untuk seseorang mengalami kelewatan datang haid disebabkan mengambil vitamin c. kerana sebelum ini saya tidak pernah mengambil apa apa vitamin dan period saya normal pada setiap bulan. Dan adakah saya perlu berhenti mengambilnya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Untuk makluman anda, tiada kajian yang menyatakan vitamin c menyebabkan kelewatan haid.
Selain daripada kehamilan terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!