
Sulit
5 tahun
Haid sedikit & lama drpd biasa
Saya wanita berumur atas 30an. Saya ingin bertanya mengenai darah haid. Saya baru habis kitaran haid 2 hari yg lepas. Malam ni, saya mendapati terdapat darah bersama lendiran tidak berwarna ketika kencing. Ianya tidak byk dan tidak mengalir, hanya sedikit. Kitaran haid saya utk bulan ini juga lebih panjang drpd kebiasaan iaitu 14 hari. Kebiasaan adalah di antara 8-9 hari. Ini adalah kali pertama ia terjadi. Adakah stress boleh menyumbang kepada simptom ini dan perlukah saya mendapatkan pemeriksaan lanjut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
Ketumbuhan fibroid atau polip
Dysfunctional uterine bleeding
Penggunaan alat IUD
Kanser rahim atau cerviks
Masalah pembekuan darah
Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk saya menerangkan punca masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.