
Sulit
5 tahun
Haid selama 10-13 hari
Selamat pagi doktor. Saya berumur 27 tahun dan telah berkahwin. Saya mengalami haid yg agak lama sekitar 10-13 hari sejak dari bangku sekolah lagi. Untuk pengetahuan doktor, saya mula mengalami haid agak lambat iaitu pada umur 14 tahun. Saya pernah melakukan pemeriksaan di klinik & doktor mengesahkan bahawa hormon saya tidak stabil. Bolehkah saya hamil disebabkan masalah saya ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran yang normal adalah 21-35 hari dengan tempoh datang haid 2-7 hari. Oleh itu, kitaran haid anda adalah tidak normal.
Sekarang anda mengalami masalah haid berlebihan. Hal ini boleh disebabkan oleh masalah
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hanya dengan penjelasan di atas adalah tidak mencukupi untuk kami membuat diagnosis. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.