Sulit
4 tahun
Haid stop selepas buang air besar
hai , saya wanita berumur 18tahun, soalan saya, kenapa haid saya stop selepas membuang air besar ya? mohon penjelasan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda bimbang akan haid berhenti mengejut setelah membuang air besar. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, haid kebiasaannya terhenti disebabkan oleh selesainya kitaran haid tersebut. Ia selalunya berlaku secara normal. Namun dalam beberapa keadaan, haid boleh terhenti disebabkan hormon yang tidak stabil. Seperti PCOS, masalah tiroid, menopause dan pelbagai lagi.
Dalam keadaan anda, ia mungkin disebabkan sesuatu yang normal. Namun, ini hanyalah kenyataan umum kerana tiada perincian simptom, pemeriksaan fizikal atau ujian klinikal untuk memberi rawatan atau diagnosis tepat. Bagi maklumat lanjut, sila rujuk perkara ini kepada doktor pakar kami secara atas talian.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

































