
Sulit
4 tahun
Haid tak datang lebih 9 bulan
Saya wanita berumur 23 tahun…saya tak datang haid dalam lebih 9 bulan sedangakn saya tak mengandung pun boleh saya tau apa punca dia? Saya sangat takut…adakah ia sangat berbhaya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang hid tidak datang.
Untuk makluman anda, haid tidak datang boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Melihat kepada situasi anda, saya amat menasihatkan anda untuk ke hospital atau klinik berdekatan bagi membuat pemeriksaan lanjut. Setiap penyebab tidak datang haid mempunyai pendekatan dan rawatan berbeza.
Anda masih risau tentang haid tidak banyak? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.