
Sulit
3 tahun
Haid terlambat , tapi pregnancy test negatif. Setelah 3hari lewat haid
Hello dr saya wanita berumur 21 tahun, sekrng saya terlambat haid 3hari , pada 8hari sebelum haid saya seterusnya, pantie ada kecokletan&merahjambu seperti ingin haid, tetapi iya berlangusng hanya dua hari saja. Hinggah pada hari haid saya, tida lagi tanda ingin haid. selama 3 hari pada hari pertama saya lewat haid saya membuat ujian khamilan, tapi hanya stau garis, hinggah hari ke 3 saya telat haid, hanya menampakkan satu garis juga. Tapi saya merasa perut saya sentiasa kembung&penuh , perut tidak selesa. Mood makan juga meningkat, suda makan lalu lapar lagi. Terkdang kepala terasa pening. Adakah saya mengandung dr? Tetapi kenapa ujian kehamilan menunjukan satu garis sahaja hari pertama hinggah hari ke 3 saya telat haid, dan bilakah waktu yang tepat saya tepat melakukan ujian kehamilan lagi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, jangka waktu datang haid yang normal adalah antara 2-7 hari. Dan biasanya kebanyakan wanita datang haid selama 3-5 hari.
Terdapat pelbagai punca perubahan tempoh haid dan kitaran menstruasi anda. Selalunya ia dipengaruhi oleh perubahan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Keletihan
- Aktiviti harian yang sibuk
- Tekanan emosi
- Terlibat dengan kegiatan sukan lasak
- Perubahan berat badan mendadak
Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt, iaitu :
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan).
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Dengan penerangan diatas, saya berharap anda mendapat maklumat yang diperlukan dan andai kata anda mempunyai soalan yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan