Anonymous
6 tahun
Haid Tiada Darah Merah
Saya Wanita berusia 34, kitaran haid selalu 36/37, setiap bulan haid saya normal tapi bulan nie lain sikit…hari pertama haid berwarna hitam (spotting) sehingga ke hari 4, masuk hari kelima spotting darah… Hari ke 6 saya masih memakai pad tapi haid saya x turun, bila lap di permukaan vagina baru ada kesan darah merah dan hitam, sehingga hari ke 9 saya masih memakai pad, tiada darah bila lap vagina ada kesan kesan dari darah berwarna coklat…kena ya doctor ? Saya ada mengalami ape ape masalah ke ? Saya risau skrg nie
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan gejala darah haid hitam boleh berpunca daripada:
- Darah lebihan dari haid yang sebelumnya. Darah yang telah lama akan teroksida dan berwarna hitam
- Darah pada awal dan hujung haid biasanya mempunyai aliran lebih perlahan, ini menyabakan darah tersebut tersimpan lebih lama di dalam rahim dan berwarna hitam
Sekiranya anda mempunyai simptom lain disertai dengan haid berwarna hitam seperti:
- Faraj berbau busuk
- Sakit perut/senggugut teruk
- Bengkak atau gatal sekeliling kemaluan
- Sakit pada bahagian pelvik
- Demam
- Sakit ketika kencing
Anda perlu merujuk masalah anda ini kepada doktor dengan segera kerana terdapat kemungkinan masalah lebih serius seperti jangkitan kelamin atau jangkitan pada pelvis berlaku. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































