
Fareshaumairah
5 tahun
Haid tidak datang 6 bulan
Saya perempuan msih berskolah umur 18 haid saya tidak datang seawal bulan 2 skarang sudah bln 7 jdi sy sdh hampir 6 bln ketiadaan haid .saya pernah mengalami sakit di bahagian perut tapi bukan memulas .saya juga mngalami banyak keputihan perlukah saya berjumpa doktor atau tnggu sahaja haid saya datang?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 28-38 hari dan berlangsung selama 8 hari. Kedatangan haid dapat dikatakan lewat apabila kitaran haid seterusnya datang lebih dari 38 hari dan dapat dikatakan cepat jika lebih cepat dari 24 hari. Sekiranya tidak hamil, hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Photo by boram kim