Sulit
5 tahun
Haid tidak datang dalam tempoh 2 bulan
Saya wanita, bujang, lingkungan 20an. Selalunya kitaran haid saya normal. Namun sejak belakangan ni, haid saya tidak datang untuk 2 bulan. Sekiranya saya mengambil ubat hormon, ada kesan sampingan ke untuk tempoh panjang? Sebab saya belum berkahwin, takut risau ada kesan sampingan membuatkan saya sukar hamil bila berkahwin nanti.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kerisauan yang anda sedang alami pada masa ini. Ini hanyalah pandangan kami secara am dan terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar mengapa anda mengalami masalah haid lewat sebelum anda meneruskan niat untuk mengambil ubat hormon.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di DoctorOnCall untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas. Terima kasih

























