
Sulit
4 tahun
Haid tidak datang dan ada masalah tuib tersumbat
hai dr,saya ada masalah haid tidak datang ,haid saya datang sekiranya saya nak buat dtg haid,saya sudah buat ujian hsg tuib tersumbat sebelah apa ya perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk makluman anda, tiub tersumbat memerlukan rawatan khusus daripada doktor iaitu pembedahan untuk menghilangkan penyumbatan dan membuka tiub. Anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini dengan doktor melalui konsultasi khusus.
Bagaimanapun, terdapat beberapa cadangan semula jadi untuk membantu menyingkirkan penyumbatan. Antaranya ialah:
- mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengurangi stres- bermeditasi, berjalan kaki, membaca buku atau melakukan perkara yang anda paling minat
- bersenam dan mengamalakan pemakanan yang seimbang
- menghindari daripada menghisap rokok dan alkohol
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.