Sulit
5 tahun
Haid tidak datang dan result upt negatif. Perlukah saya risau atau perlu rujuk ke doktor
Saya seorang ibu yg menyusu badan kpd anak saya yg skrg telah berusia 9 bulan. Untuk maklumat, saya tidak mengambil sebarang perancang. Haid saya datang untuk pertama kali selepas bersalin ketika anak 6 bulan. Tetapi kali ini haid saya masih tidak datang. Dan sayabtelah check upt sebanyak 2x pada hri yg berlainan dan hasilnya negatif. Kalau mengikut apps pengiraan haid, haid saya telah lambat 9hari (jarak dgn haid bulan lepas 35hari). Adakah ini normal htk ibu yg menyusu badan? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat selama 9 hari boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Menyusu anak
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan. anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























