Anonymous
6 tahun
Haid tidak keluar selepas habis tempoh makan pil perancang
assalam doktor, saya berumur 40 tahun n sdh lebih 5 tahun makan pil perancang Micrigynon…selama ini period normal…selang 2 hari lepas habis ubat…period akan kluar…tetapi baru2 ni 1 minggu period tidak datang dan tiada tanda2 akan period, mustahil saya mgandung sebab ubat time makan memang teratur…soalan saya…ada ka normal lepas makan pil perancang…period tidak datang?.. mohon pencerahan sbb ni first time berlaku.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ubat microgynon terdiri atas gabungan dua jenis hormon yang mana akan meregulasi menstruasi anda. Mengambil microgynon seharusnya membuat menstruasi teratur dan ringan.
Sekiranya anda ragu-ragu tentang status kehamilan anda, sebaiknya melakukan pemeriksaan air kencing (UPT) untuk melihat kadar beta hCG dalam tubuh yang mana menandakan hamil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























