
Sulit
4 tahun
Haid tidak teratur dan bila cek alat hamil negatif
saya wsnita berusia 24 tahun dan mengalami masalah haid tidak teratur selepas kahwin. Bila cek alat hamil, negatif.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab masalah ini boleh berlaku, antaranya ialah:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!