
Sulit
5 tahun
Haid tidak teratur dan tidak datang selama sebulan
hai doktor, sy wanita berusia 27 tahun dan sudah berkahwin dalam 11 bulan. Saya mengalami masalah haid yang tidak teratur dan telah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan untuk mengetahui sekiranya ada mempunyai masalah tetapi doktor cakap rahim saya okey dan tiada cyst dan dia ada beri ubat turun darah. Lepas makan ubat itu, period saya turun. Tetapi selepas itu saya sudah tidak datang haid selama sebulan. Untuk pengetahuan, saya juga mengambil jamu untuk melancarkan kitaran haid. Adakah ia punca sebenar atau sebaliknya? Apa tindakan yang patut saya buat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.