Sulit
2 tahun
Haid tidak teratur, kerap sakit kepala, ada keputihan yg teruk, perut jdi buncit, hilang selera makan, kerap sakit tumit dan kebas kaki , keguguran rambut yg teruk
Saya wanita 26 tahun, masalah haid tidak teratur, pernah setahun tidak haid, simptom haid ada, seperti sakit pinggang. Saya juga kerap sakit kepala, lebih-lebih lg melihat skrin pc. Sakit kepala yg teruk wktu mlm. Keputihan yg teruk berketul tapi tidak berbau. Adakah saya mmpunyai cyst? Apakah rawatan yg sepatutnya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda mengalami haid tidak teratur, sakit pinggang, keputihan, sakit kepala, hilang selera makan, rambut gugur serta sakit kaki. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat banyak penyakit lain yang boleh menyebabkan haid tidak teratur. Antaranya adalah:
- Stress
- Berat badan yang tinggi
- Aktiviti sukan yang berlebihan
- PCOS
- Kehamilan
- Kesan sampingan ubat atau vaksin
- Menopause
Walaubagaimanapun, senarai di atas hanyalah diagnosis umum. Kami tidak dapat memberikan rawatan serta diagnosis tepat tanpa perincian simptom, pemeriksaan fizikal serta keputusan dari ujian klinikal.
Bagi ovarian cyst, ia hanya boleh dipastikan dengan imbasan ultrasound. Kumpulan simptom yang anda nyatakan juga kurang spesifikasi kepada cyst.
Bagi rawatan serta diagnosis lebih tepat, sila rujuk perkara ini kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.