
Sulit
5 tahun
Haid xberhenti lepas ambil suntikan perancang
saya umur 33…stat ambil suntikan prncang anak ke 3…last suntik bln 12…mslh sya skrg ialah darah haid msih keluar smpai skrg…tp dlm kuantiti yg sdikit shj…adakah itu normal.?.atau pun dsbbkan jg oleh fktor pmakanan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, suntikan perancang boleh memberikan kesan sampingan berupa:
- Haid tidak teratur - tempoh haid yang lebih lama atau lebih pendek, haid yang lebih berat atau lebih ringan
- Kehilangan haid (semakin lama anda mendapat suntikan Depo-Provera®, semakin besar kemungkinan untuk anda tidak akan mempunyai haid sama sekali)
- Berat badan (wanita mendapat kira-kira 5 paun setiap tahun untuk 3 tahun pertama). Tetapi anda boleh membantu mengekalkan berat badan anda dengan memakan makanan yang sihat dan senaman yang kerap.
- Sakit kepala
- Pening
- Perubahan mood, kemurungan
- Kembung
- Kesakitan / ketidakselesaan perut
Justeru, haid panjang adalah efek samping daripada pengambilan suntikan perancangan yang boleh anda jangkakan. Sekiranya anda berasa tidak selesa dengan kaedah perancangan ini, anda mungkin boleh bertukar kepada kaedah perancangan lain seperti pil perancang, kondom dan IUCD.
Sementara itu, untuk mengetahui jika suntikan ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.