rnfrsh1402
6 tahun
Haid xdtng 2 bulan 24 hari
Saya remaja 17 tahun xdtng period hampir 3 bln.Last saya period 6/4. Saya selalu mengalami masalah ini sedangkan saya masih remaja dan blm berkahwin. Saya risau jika saya mempunyai sebarang penyakit.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kedatangan haid yang lambat berlaku atau tidak teratur mempunya pelbagai sebab selain daripada kehamilan. seperti :
- Tekanan hidup. Tekanan boleh mengubah tahap hormon anda, menukar rutin harian anda, dan juga menjejaskan bahagian otak anda yang bertanggungjawab untuk mengawal kitaran haid anda iaitu kelenjar hypothalamus.
- Berat badan yang rendah juga akan mempengaruhi kitaran haid seseorang. Wanita dengan gangguan pemakanan, seperti anoreksia nervosa atau bulimia, mungkin mengalami ketiadaan haid untuk tempoh yang lama.
- Akitivit fizikal yang melampau seperti maraton juga boleh menghentikan kitaran haid juga. Sama seperti berat badan yang rendah boleh menyebabkan perubahan hormon, begitu juga dengan berat badan berlebihan.
- Penggunaan pil perancang keluarga yang menghalang ovari anda daripada melepaskan telur. Ia boleh mengambil masa sehingga enam bulan untuk kitaran anda menjadi konsisten lagi selepas menghentikan pil.
Bagaimanapun anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor bagi rawatan lanjut. Anda boleh untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dengan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih

























