
Sulit
4 tahun
Haid yang sedikit dan tidak menentu. selepas keguguran
saya wanita dalam 20an. minggu lepas, saya sakit di nipples, dan 5 hari yang lalu keluar coklat yang sedikit, selama beberapa hari. saya tak pasti sama ada itu period atau tidak sebab hari tersebut memang due period.
nipple saya masih lagi sakit sehingga sekarang. upt negative.
adakah saya period? atau hormon tak menentu disebabkan keguguran yang lalu?
p/s : saya baru lepas keguguran bulan 6 , dnc dan telah 2 kali period cycle.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai kesakitan pada kawasan puting payu dara serta pengeluaran discaj berwarna coklat. Anda telah memaklumkan bahawa anda pernah mengalami keguguran.
Untuk makluman anda, simptom-simptom yang anda alami mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Terdapat beberapa sebab yang boleh menjelaskan masalah anda:
- Ketidakseimbangan hormon
- Kedatangan haid secara semula jadi menyebabkan rasa sakit pada puting payu dara
- Kanser payu-dara
- Penyakit sista ovari (PCOS)
- Jangkitan kuman (Sexually transmitted infections)
- Penyakit keradangan pelvis (PID)
- Penggunaan pil perancang.
- Pendarahan yang berketul hasil daripada Dilatation and Curretage yang pernah dilakukan.
- Kanser ovari atau serviks.
- Kecederaan pada rahim yang pernah dialami ketika keguguran.
Sekiranya anda mengalami sakit perut, pendarahan berlebihan, pengeluaran nanah dari puting atau vagina, ataupun masalah anda menjadi teruk dan berpanjangan, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda secepat mungkin. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi atau menghubungi doktor pakar kami atas talian pada link ini (Specialist Booking) bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Terima kasih.