
Anonymous
5 tahun
Haiwan di bawah ketiak
Saya rasa sakit di ketiak kiri selama dua hari. Saya ingatkan bisul atau apa. Tapi bila search google tak nampak bentuk macam ketulan atau bisul. Saya cuba mengambil kepit kuku untuk menariknya kerana ia tidak betul-betul terlekat pada bawah ketiak. Bila berjaya tarik rupanya ia adalah haiwan yang kecil berwarna kelabu yang telah gigit di bawah ketiak saya dan menyebabkan sekelilingnya sakit dan berwarna merah. Bolehkah saya tau apakah haiwan tersebut. Haiwan tersebut masih hidup dan bergerak apabila saya berjaya menariknya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, haiwan yang boleh menyebabkan masalah kulit ada beberapa. Antaranya:
- Kutu seperti pedinculosis,
- Hama seperti kudis buta
- Tungau
- Pepijat seperti pepijat katil
Seandainya kesakitan dan kemerahan semakin parah dan tak tertahan, seeloknya anda merujuk ke doktor agar dapat diberikan ubatan yang bersesuaian dengan penyebab masalah anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.