Sulit
4 tahun
Hamil 10 minggu tetapi bila pergi ke KKIA upt kabur
Saya berumur 25 tahun dan suami berumur 26 tahun. Tarikh pertama akhir period adalah 5 Oct. Saya telah semak upt test di rumah sebanyak 2 kali dan keduanya adalah positive. Saya mengalami simptom muntah2 setiap hari, kurang selera makan, perut membesar. Tetapi apabila saya ke klinik dan mereka membuat semakan upt mereka menyatakan result kabur dan saya perlu ke klinik swasta untuk membuat scan atau ultrasound baby dengan lebih lanjut. Saya hairan adakah saya pregnant atau false alarm ? Saya ada melakukan medical checkup pada tarikh 6 nov dan telah pon mengambil ujian upt (negative) dan saya ada ambil upper chest xray juga pada hari tersebut. Saya bimbang dan keliru dengan semua ni. Adakah xray itu telah menjejaskan kadungan saya ? Atau saya tidak hamil selama ini.
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi dan bertanyakan soalan kepada kami.
Kami faham mengenai kemusykilan anda tentang kit ujian kehamilan (UPT) tersebut dan xray tidak menjejaskan kandungan anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab puan boleh hamil namun UPT negatif
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
- kehamilan bermasalah seperti ectopic pregnancy dan molar pregnancy
Anda dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor di klinik untuk pemeriksaan lebih lanjut untuk menentukan sama ada anda mengandung ataupun tidak dan berbincang dengan doktor tentang rancangan anda sekiranya anda mengandung.
Terima kasih kerana menghubungi kami. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut, anda boleh hubungi doktor-doktor kami yang bertauliah di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan konsultasi di atas talian.





























